Warung Kopi Klasik di The Ruma Kupi Pontian, Johor

Hello! berjumpa lagi kita dalam blog Gojira. Kali ni kita akan ke The Ruma Kupi Pontian, Johor. The Ruma Kupi Pontian ini terletak berhadapan dengan Pasar Pontian. Kedainya kecil sahaja dan asal kedai ini adalah dari sebuah rumah yang telah dimodifikasi menjadi sebuah kedai yang comel. Dengan suasana yang nyaman dan estetik yang menarik, kafe ini telah menjadi destinasi pilihan bagi pencinta kopi dan makanan santai di kawasan ini.

Pada ruangan hadapan kedai, anda akan nampak beca dan basikal-basikal tua yang didekorasi khas untuk melambangkan sifat klasik kedai ini. Suasananya memang agak ramai tidak kira Melayu, Cina atau India di waktu sarapan pagi, lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu. Tapi yang bestnya, order yang anda buat akan cepat sampai kerana kebanyakan menunya telah disiapkan awal-awal. macam contoh, sup lembu atau kambing.

Antara menu yang menarik di The Ruma Kupi Pontian ini adalah seperti Nasi briyani lambshank, nasi briyani gearbox, nasi briyani kambing, laksa johor, lontong, nasi lemak, soto dan sup kambing. Harga-harganya juga berpatutan.

Selain makanan, ada juga permainan lama yang dijual seperti yoyo, ceper, majalah lama seperti bambino dan banyak lagi. ada juga dekorasi/sudut rokok-rokok lama di sana.

Gambar-Gambar Menarik di The Ruma Kupi Pontian, Johor

The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor
The Ruma Kupi Pontian, Johor

Bagaimana hendak ke The Ruma Kupi Pontian, Johor

  • Sekiranya anda dari arah Batu Pahat, jalan terus menuju ke bandar Pontian. Pada persimpangan antara ke Johor Bahru dan Tambak Pontian, jalan terus menuju ke pasar Pontian. The Ruma Kupi Pontian berada di sebelah kiri anda, betul-betul selepas pasar Pontian.
  • Sekiranya anda dari arah Johor Bahru, jalan terus menuju ke bandar Pontian. pada persimpangan ke Benut (ke kanan) dan Tambak Pontian (di hadapan), belok ke kiri menuju pasar Pontian. The Ruma Kupi Pontian berada di sebelah kiri anda, betul-betul selepas pasar Pontian.

Pakej Pelancongan Kami

Showing the single result