Tempat Menarik di Puteri Harbour Johor

Salam guys! Pada blog kali ini saya nak share kepada anda mengenai tempat-tempat menarik di Puteri Harbour Johor. Puteri Harbour ini terletak berdekatan dengan Medini Iskandar, dimana anda selalu dengar mengenai Legoland Park. Ia juga terletak dekat dengan Gelang Patah. Jika anda memandu kereta dari Bandaraya Johor Bahru, ia akan mengambil masa lebih kurang 20 minit ke 30 minit untuk sampai ke Puteri Harbour, Johor. Jika anda dari Singapore, ia akan mengambil masa lebih urang 20 minit dari Tuas Checkpoint.

Puteri Harbour adalah destinasi percutian untuk keluarga dimana terdapat banyak restoran dan hotel yang menghadap ke laut. Antara hotel yang terkenal disini adalah Hotel Jen, Puteri Harbour. Di sini juga terdapat aktiviti-aktiviti untuk anda layan seperti tennis dan rock climbing. Disini juga terdapat feri terminal antarabangsa untuk anda travel ke Tanjung Balai Karimun dan Batam Indonesia.

Mengenai ONE°15 Marina Puteri Harbour (Public Marina)

Marina Puteri Harbour adalah kawasan dimana anda boleh melihat pelbagai bot dan kapal layar ekslusif berada di sekitar kawasan ini. Kawasan ini sering dijadikan kawasan untuk menangkap gambar kerana pemandangannya yang cukup cantik (lebih lagi pada waktu malam). Sebenarnya, anda boleh menyewa bot atau kapal layar ini di website rasmi mereka di www.one15marina.com/puteriharbour/marina

Sekiranya anda datang bersama keluarga dan mempunyai anak kecil, anda boleh menyewa scooter atau basikal elektrik untuk pusing-pusing di sekitar Puteri Harbour ini. Bagi penggemar kopi, anda boleh lepak di Starbucks Coffee yang berlatar belakangkan laut dan pemandangan yang cantik.

Puteri Harbour International Ferry Terminal

Feri Terminal Antarabangsa Puteri Harbour

Antara tempat yang berdekatan dengan ONE°15 Marina Puteri Harbour adalah Feri Terminal Antarabangsa Puteri Harbour. Pada waktu sekarang ini, terdapat dua operator feri yang terkenal beroperasi disana iaitu Tobinda (Malaysia) Sdn Bhd dan Riesa Enterprise. Dari feri terminal ini, anda boleh ke Batam dan juga ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia.

Sekiranya anda adalah pelancong / traveler yang tidak mempunyai kenderaan, anda boleh ke feri terminal ini menggunakan bas atau teksi (pemilihan bas adalah lebih murah jika dibandingkan dengan teksi). Sekiranya anda ingin menggunakan bas, gunakan bas dari Causeway Link dan berhenti di perhentian bas berdekatan iaitu di perhentian sekitar Sanrio Hello Kitty Town and Thomas Town. Kemudian anda bolehlah berjalan kaki dalam lebih kurang 10 minit untuk ke Feri Terminal Antarabangsa Puteri Harbour ini.

fishing spot at puteri harbour

Port Memancing di Puteri Harbour Johor

Anda mesti perasan ada beberapa influencer di Tiktok yang cerita mengenai port memancing di Puteri Harbour Johor ni kan? Sebenarnya port memancing ni adalah diantara Public Marina dan Puteri Harbour Ferry Terminal tu je. Kalau korang jalan kaki, akan nampak punya ramai kaki pancing lepak sana.

Sebenarnya, port memancing ni memang legal pun. takde orang akan kacau. Janji, korang tak kacau kawasan bot dan kapal layar tu dan kawasan feri terminal Puteri Harbour. Ada juga kaki pancing yang stay sampai malam disana. tiada masalah.

Stadium Sultan Ibrahim JDT

Hotel Jen Puteri Harbour Johor

Stadium Sultan Ibrahim JDT
Stadium Sultan Ibrahim JDT

ONE°15 Marina Puteri Harbour

Fishing Spot at Puteri Harbour

Port Memancing di Puteri Harbour, Johor

Stadium Sultan Ibrahim JDT

Shops, Restaurants and Bars @ Puteri Harbour Johor

Fishing Spot at Puteri Harbour
Shops, Restaurants and Bars @ Puteri Harbour Johor

*Sebenarnya banyak lagi kawasan atau port menarik sekitar Puteri Harbour ni yang saya tak dapat cover dalam blog kali ini. Antara port anak muda yang rajin ke Puteri Harbour ni adalah di Hard Rock Cafe Puteri Harbour. Ianya terletak di sekitar Teega Residence, kira-kira 5-10 minit je kalau drive dari Marina Bay Puteri Harbour.

Satu lagi area yang tak sempat saya cover adalah di Loegoland Theme Park. Legoland ni terletak di Medini Iskandar, kira-kira 10-15 minit kalau drive dari Puteri Harbour, Johor. If ada kesempatan, saya akan cover dalam blog seterusnya.

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Bagaimana Hendak Ke Puteri Harbour, Johor