@icecoustica Taman Negara Tanjung Piai, Pontian in two minutes! 🤓 #tanjungpiai #pontian #johor #johorattraction #penghujungbenuaasia #kukup #johordarultakzim #tanjungpiainationalpark #tamannegara ♬ La petite fille de la mer – Remastered – Vangelis
Tempat Menarik di Taman Negara Tanjung Piai Johor
Hello dan salam guys! Pada vlog atau blog kali ini, saya nak share mengenai salah satu tempat menarik yang dikenali sebagai Penghujung Benua Asia, iaitu Taman Negara Tanjung Piai Johor. Taman Negara Tanjung Piai ini terletak di daerah selatan Johor, iaitu daerah Pontian. Ia diberi jolokon penghujung benua asia kerana lokasinya yang betul2 terletak di hujung tanah besar Asia (tidak termasuk Singapore dan Indonesia, kerana kedua-duanya adalah pulau). Kawasan ini seluas 926 hektar dan dibuka pada tahun 1927 sebagai kawasan paya bakau. Ia telah dijadikan sebagai Taman Negara pada tahun 2003, dan merupakan Taman Negara ‘termuda’ di Malaysia.
Salah satu yang menjadi daya tarikan pelancong di Taman Negara Tanjung Piai ini adalah keunikan hutan paya bakaunya. Taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis pokok paya bakau seperti Rhizophora, Avicennia dan Sonneratia, dimana ianya menjadi habitat untuk pelbagai flora dan fauna disini. Pelancong boleh menaaiki bot di kawasan sungai yang dikelilingi pokok paya bakau untuk melihat hidupan liar di sini.
Selain kepelbagaian dalam hutan paya bakau, Taman Negara Tanjung Piai juga mempunyai aktiviti-aktiviti seperti melihat burung dan memancing. Taman negara ini juga mempuyai laluan pejalan kaki di sepanjang taman yang menghubungkan checkpoint penghujung benua asia dan juga jeti tiga negara. Ianya menjadi tumpuan utama untuk menangkap gambar-gambar menarik.
Taman Negara Tanjung Piai ini juga menjadi habitat atau rumah kepada spesis-spesis haiwan yang jarang ditemui seperti tapir, monyet dan ikan belacak (atau juga dikenali sebagai ikan tembakul). Taman negara ini mempunyai undang-undang yang ketat untuk menjaga spesis-spesis liar ini, antaranya, anda dilarang untuk menerbangkan drone di kawasan ini.
Taman Negara Tanjung Piai Johor
Tanjung Piai, Penghujung Benua Asia
Sekiranya anda berada di Taman NegaraTanjung Piai ini, ada dua kawasan utama yang menjadi tarikan pelancong iaitu checkpoint penghujung benua asia dan jeti tiga negara. laluan pejalan kaki yang disediakan telah disediakan singboard untuk anda pilih kawasan mana yang hendak anda kunjungi terlebih dahulu. Nama jeti tiga negara ini digunakan kerana dari jeti ini, anda boleh nampak dengan jelas negara Singapore dan Indonesia (Tanjung Balai Karimun) dan juga Malaysia.
Sekiranya anda ingin bermalam di Tanjung Piai, anda boleh menempah chalet / resort yang disediakan di Tanjung Piai Resort, dimana bahagian bawahnya adalah air laut (berlumpur).
Di sini juga, anda boleh membuat aktiviti keluarga seperti camping (peralatan memasak disediakan), nightwalk dan juga memancing. Untuk carian hotels dan chalet, anda boleh mencarinya di sekitar Tanjung Piai dan juga Kukup (Kukup adalah sangat berdekatan dengan Tanjung Piai). Klik disini untuk pautan Agoda.
Tempat pejalan kaki di Taman Negara Tanjung Piai Johor
Secara keseluruhannya, Taman Negara Tanjung Piai Johor ini adalah destinasi yang sesuai bagi orang-orang yang cintakan keindahan alam flora dan fauna. Dengan ekosistem paya bakau dan hidupan liar yang dijaga dengan baik di sini, ianya bolehlah dikatakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM
accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!
Bagaimana cara untuk ke Taman Negara Tanjung Piai Johor
Untuk ke Taman Negara Tanjung Piai Johor, ia mengambil kira-kira 30 minit perjalanan dari Iskandar Puteri atau Puteri Harbour Johor. Sekiranya anda dari Singapura, anda boleh menggunakan jalan melalui Tuas Bridge. Untuk cepat sampai, anda digalakkan menggunakan highway atau jalan baru Sungai Pulai Bridge dimana anda tidak lagi perlu melalui jalan utama Gelang Patah, Pekan Nenas dan Pontian.