@icecoustica Bbq session at Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor. #weekendvibes #johorbahru #sirehpark #johorbahru #johorfoodie #fypmalaysia #trip #johor ♬ Cafe / video cute lofi ♪ Chill(885831) – ImoKenpi-Dou
Tempat Menarik di Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor
Salam dan hello dari gojira.my crew! Pada blog kali ini, kita akan membawa anda ke taman rekreasi yang terletak di kawasan Iskandar Puteri Johor Bahru iaitu Sireh Park. Sireh Park ini adalah kawasan untuk orang ramai berkelah dan beriadah yang dilitupi dengan hutan dan jauh dari kesesakan ibu kota.
Nama “Sireh,” itu sendiri diambil dari perkataan Bahasa Melayu yang membawa maksud daun sireh, simbol ubatan/ulam tradisional masyarakat Melayu pada dahulu kala. Maka, Sireh Park itu sendiri direka untuk orang ramai mencari ketenangan dan sebagai tempat lepak orang ramai yang datang melawat.
Sireh Park ini telah menjadi tumpuan pengunjung terutamanya sekitar hujung minggu tidak mengira umur dan bangsa. Laluan pejalan kaki / jogging, tempat exercise sangat dijaga rapi dan kemas untuk orang ramai menggunakan fasilitinya secara percuma. Ianya amat sesuai dikunjungi orang ramai yang sukakan konsep hutan dan redup.
Sireh Park Johor sesuai dikunjungi oleh keluarga dan anak-anak dimana terdapat pelbagai kemudahan disediakan di tempat ini. Antara fasiliti yang terdapat disini adalah seperti buaian, papan gelungsur, kawasan memanjat (climbing frame) dan juga ATV riding . Kawasan ini juga sesuai dijadikan kawasan berkelah dan melepak bersama rakan-rakan.
Sireh Park kebiasaannya dipenuhi orang ramai pada waktu malam (sehingga 12 tengah malam) dan hari hujung minggu untuk beriadah.
Penggemar alam semula jadi akan terpesona dengan flora dan fauna taman yang terpelihara dengan baik. Sireh Park Johor adalah rumah kepada pelbagai spesies tumbuhan, termasuk bunga berwarna-warni, pokok yang menjulang tinggi, dan pokok renek yang rendang. Suasana tenang taman ini menarik pelbagai spesies burung, menjadikannya syurga bagi peminat menonton burung. Pengunjung boleh membawa teropong dan kamera mereka untuk merakam keindahan pelbagai spesis burung di habitat semula jadi mereka.
Aktiviti Menarik Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor
Di Sireh Park,anda boleh booking untuk pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti BBQ (BBQ pit disediakan) dan juga bermain kayak di Sireh Park. Kepada yang menggemari hutan, anda boleh jungle trekking di sini secara percuma. Menurut para peniaga di sini, Petting Zoo akan didirikan di kawasan Sireh Park Johor ini dalam masa terdekat (kemungkinan siap pada hujung 2023).
Di pintu masuk Sireh Park, anda akan dapat melihat pelbagai cafe yang menjual pelbagai makanan termasuklah cendol durian yang dijual disini. Kedai-kedai makanan ini kebiasaannya penuh pada waktu malam dan hari hujung minggu.
Sireh Park juga dilengkapi kemudahan untuk para pengunjung yang ingin bercamping di kawasan ini. Ianya termasuklah ruang mandi dan bilik air dan bilik sembahyang yang selesa. Ianya berada berdekatan dengan Win’s Cafe Sireh Park (Coffee Shop) dan kawasan camping site.
Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor
Secara keseluruhannya, jika anda mencari ketenangan dan port healing, mencari port untuk BBQ bersama rakan, mencari aktiviti outdoor atau mencari kawasan yang dipenuhi pokok menghijau di tengah bandar, anda bolehlah berjunjung ke Sireh Park, Iskdanr Puteri, Johor. Ianya adalah kawasan yang menjadi tarikan pelancong dan keluarga. Tempat ini dipenuhi ramai orang pada waktu petang-malam dan pada hari hujung minggu.
Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM
accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!
Bagaimana Untuk Hubungi & Book Sireh Park, Johor
Untuk book tapak camping dan tapak BBQ di Sireh Park Johor, anda boleh terus call mereka di talian 07-231 7881 (update setakat Jun 2023). Anda juga boleh Whatsapp mereka secara terus di +6013-776 8899 (buat masa ini, mereka tiada website rasmi untuk membuat sebarang tempahan / booking secara online).
Cara Ke Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor
SIreh Park ini berada berdekatan dengan Bukit Indah, Medini Iskandar, Puteri Harbour dan Gelang Patah. Ianya mengambil masa 10 ke 15 minit dari Gelang Patah ataupun dari Medini Iskandar, Johor. Sekiranya anda dari Johor Bahru atau Pontian, anda boleh melalui Second Link Highway dan ambil susur keluar di Bukit Indah (10 minit dari susur keluar Bukit Indah).