Kota Tinggi Firefly Park, Johor

Hello dari team gojira.my! Pada blog kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai salah satu tarikan yang terdapat di Kota Tinggi, Johor iaitu, Kota Tinggi Firefly Park, Johor. Firefly ini dalam Bahasa Melayu kita panggil sebagai kunang-kunang. Kota Tinggi Firefly Park terletak di kawasan tebing Sungai Johor di kawasan Kota Tinggi. Terdapat pelbagai jenis kunang-kunang di sepanjang tebing sungai Johor (kawasan pokok paya bakau).

Kawasan ini menjadi ‘rumah’ pelbagai jenis spesis kunang-kunang spesis Pteroptyx Tener yang menghasilkan cahaya hijau kekuningan dan jelas dilihat pada waktu malam. Pelancong boleh merasai keunikan ini ketika menaiki bot di sepanjang sungai Johor.

Waktu terbaik untuk melawat ke Kota Tinggi Firefly Park adalah selepas terbenam matahari dimana cahaya kunang-kunang ini akan terlihat dengan jelas. Bot yang membawa penumpang akan bergerak seawal 7.30pm – 10pm setiap hari disini. Bagi yang beragama Islam dan risau terlepas waktu Maghrib, anda boleh ke surau stesen minyak Petronas kira-kira 5 minit dari Kota Tinggi Firefly Park ini. Di sini juga terdapat kedai yang menjual cenderahati untuk dibawa pulang nanti.

Untuk menaiki bot ini, tiketnya hanyalah RM20 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak. Anda boleh book tiket anda di www.klook.com (klik disini)

Tarikan Lain di Kota Tinggi Firefly Park, Johor

Kota Tinggi Firefly Park

Slain menaiki bot untuk melihat kunang-kunang, Kota Tinggi Firefly Park juga mempunyai daya tarikan lain. Taman ini mempunyai laluan-laluan melalui hutan paya bakau, membolehkan pelawat meneroka ekosistem yang pelbagai dan belajar tentang kepentingan memelihara persekitaran. Pemnadu bot juga banyak memberikan pelajaran tentang flora dan fauna yang terdapat dalam taman ini, seterusnya meningkatkan aspek pendidikan semasa lawatan.

Pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti lain di sini seperti memancing, memerhati burung dan menikmati masakan tempatan di restoran makanan laut (fresh seafood) berdekatan. Taman ini terletak jauh dari hiruk-pikuk kehidupan bandar, membolehkan pelawat berhubung semula dengan alam semula jadi.

Kota Tinggi Firefly Park agak mudah diakses dari Bandar Raya Johor Bahru (ibu negeri Johor), menjadikan ianya sebagai tarikan pelancong yang datang ke Johor. Perjalanan dari Johor Bahru ke sini mengambil masa kira-kira satu jam. Kecantikan dan keunikan taman ini menjadikan Kota Tinggi Firefly Park sebagai tarikan pelancong yang gemarkan suasana alam semula jadi.

Kota Tinggi Firefly Park
Kota Tinggi Firefly Park
Kota Tinggi Firefly Park
Kota Tinggi Firefly Park

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Bagaimana Cara Ke Kota Tinggi Firefly Park, Johor

Perjalanan dari bandar Johor Bahru mengambil masa kira-kira satu jam untuk sampai ke Kota Tinggi Firefly Park. Anda perlu menggunakan jalan utama Johor Bahru – Kota Tinggi. Sekiranya anda dari Johor Bahru, anda akan melepasi jambatan Sungai Johor terlebih dahulu, dan Kota Tinggi Firefly Park ini akan berada di sebelah kiri anda.