@icecoustica Forest City Johor in 2 minutes #forestcity #forestcity_johor #ghosttown #johor ♬ Paris – Else
Wazzup guys. Pada vlog kali ini, saya nak share kepada anda semua mengenai tempat-tempat menarik di Forest City Johor. Forest City Johor ini bolehlah dikatakan sebagai salah satu property development yang berkontroversi. Saya telahpun berpindah ke Forest City ini semenjak Oktober 2022. Forest City ini agak jauh dari Bandar Johor Bahru, dalam lingkungan 30 – 45 minit dari Bandaraya Johor Bahru. Forest City ini merupakan sebuah pulau buatan (berkeluasan lebih kurang 1,370 hektar) dan berdekatan dengan Gelang Patah, Johor.
Forest City ini telah dilancarkan pada tahun 2006 dimana ianya dijalankan dibawah program China’s Belt and Road Initiative (Wikipedia). Berdasarkan pendapat orang ramai di sosial media, mereka mengatakan bahawa kawasan atau kedai-kedai di Forest City banyak yang tutup sejak berlakunya pandemik (MCO 2020) Covid-19. Namun, pada waktu sekarang, orang ramai telah mula kembali ke Forest City untuk bercuti dan berkelah.
Tempat-Tempat Menarik di Forest City Johor, Malaysia
Antara kawasan yang menjadi tumpuan pelancong / visitor dari luar ke Forest City adalah di kawasan Fishermen’s Wharf dimana terdapatnya pelbagai kedai Duty Free (ada dalam 5-10 kedai duty free) dan restoran. Pada waktu ini, terdapat satu sahaja fast-food restaurant iaitu Marrybrown. Ada juga yang mengatakan bahawa terdapat tempat yang lebih menarik di Forest City Golf Resort, namun saya masih belum mempunyai kesempatan untuk ke tempat tersebut. Mungkin akan saya cover pada vlog seterusnya. Forest City juga menyediakan perkhidmatan kereta buggy secara percuma untuk anda meneroka ke seluruh Forest City.
Pantai Forest City juga terletak di kawasan Fisherman’s Wharf ini. Pasir pantainya tidaklah lembut seperti pantai-pantai yang ada di timur Malaysia. Anda juga tidak dibenarkan berenang di kawasan pantai ini. Mengikut kata orang-orang kampung di sini, mereka telah terserempak dengan beberapa ekor buaya di kawasan ini. Tambahan pula, memang asalnya kawasan ini adalah kawasan paya bakau yang telah diubahsuai menjadi pantai buatan.
Bagi yang membawa anak-anak kecil yang ingin berenang, terdapat dua swimming pool besar di Forest City Water Park. Forest City Water Park ini berada berhadapan Forest City Sales Gallery dan dibuka kepada public.
Forest City Johor Pada Waktu Malam
Tidak banyak aktiviti yang boleh dijalankan pada waktu malam di sini kerana kebanyakan kedai telah pun tutup pada pukul 10pm – 11pm. Lampu-lampu jalan juga banyak yang tutup dan gelap di seluruh Forest City. Antara kedai yang beroperasi 24jam pada ketika ini adalah KK Mart. Kebanyakan penyewa di Forest City ini adalah sama ada yang bekerja di Singapore (dekat dengan jambatan Tuas) dan yang bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP Port).
Berdasarkan pengalaman saya selama beberapa bulan ini, saya boleh katakan yang Forest City ini agak sesuai untuk orang yang inginkan ketenangan dan jauh dari kesibukan kota. Tambahan pula, kadar sewa di Forest City adalah murah (dalam lingkungan RM750 – RM1000 sebulan). Secara jujurnya, Forest City ini adalah kawasan yang cantik dan berharap banyak lagi kedai dan aktiviti yang boleh dijalankan di tempat ini.
Penginapan di Forest City, Johor
Pada sesiapa yang datang dari luar Johor dan ingin mencari penginapan di Forest City, terdapat pelbagai hotel menarik di sekitar Forest City antaranya, Marina Hotel dan Forest City Golf Hotel. Terdapat juga homestay bagi yang datang dengan ahli keluarga yang ramai. Untuk sebarang tempahan, anda boleh ke laman web agoda.com
Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM
accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!
Cara ke Forest City Johor
Sekiranya anda dari bandar Johor Bahru, anda boleh melalui Malaysia – Singapore Second Link Highway. Anda perlu susur keluar ke Tanjung Pelepas / Pangkalan Marin Syahbandar (PTP Port). Terus sehingga anda menjumpai susur ke Forest City di sebelah kiri.