Salam guys! Kepada penggemar pasukan bola sepak tempatan, vlog ini untuk korang. Pada 28 November 2022, saya telah berkesempatan untuk menonton perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Borussia Dortmund. Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke stadium Sultan Ibrahim JDT (atau nama singkatannya SSI). Stadium ini terletak di Iskandar Puteri dan berdekatan dengan Gelang Patah, Johor (bukan di tengah-tengah bandar JB).

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit dari rumah saya di Forest City. Kapasiti maksimum stadium ini adalah dalam anggaran 35,000 orang. Stadium ini adalah home venue bagi pasukan Johor Darul Takzim (Johor Southern Tigers).

Perlawanan JDT menentang Borussia Dortmund dimulakan pada pukul 7pm. Saya telah tiba di area stadium seawal 5pm dan agak mengejutkan dengan keadaan sekitar stadium yang sesak. Dalam kepala saya, ini cumalah friendly match, tambahan pula JDT baru sahaja memenangi Piala Malaysia 3 hari sebelum game ni, so mungkin orang tak ramai yang datang. tapi saya silap.

Stadium ini sangat berbeza dengan stadium JDT sebelum ini iaitu Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Selalu kita mendengar nama ‘burger stadium’, tapi dekat stadium baru ni, mereka banyak menjual pop corn. Terasa macam tengok wayang dibuatnya.

Jika dilihat dari jauh, stadium ini kelihatan seperti bentuk mahkota (crown). Stadium ini juga dilengkapi dengan cafe dan fast food (Kentucky Fried Chicken KFC).

Keputusan Penuh JDT vs Borussia Dortmund

Pada perlawanan persahabatan ini, JDT telah tewas 4-1 di tangan Borussia Dortmund. Kedua-dua pasukan menyajikan permainan yang menarik dan berintensiti tinggi. Gol JDT dijaringkan oleh penyerang licik mereka, Ariff Aiman.

Cara Beli Ticket Online Perlawanan Bola JDT

Untuk membeli tiket perlawanan bola JDT (atau mana-mana pasukan kegemaran anda), anda bolehlah membelinya secara online di https://www.tickethotline.com.my/ dan book anda disana. Untuk makluman, tiket perlawanan persahabatan ini hanyalah RM15. Namun harga akan berubah-ubah mengikut jenis perlawanan (anda perlu chek di website mereka berkenaan harga tiket).

Pelan Tempat Duduk Stadium Sultan Ibrahim JDT

Mengikut laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers Facebook account, pelan tempat duduk Stadium Sultan Ibrahim JDT ini terbahagi kepada beberapa gate ; Gate A, Gate B, Gate C dan Gate untuk sesiapa yang mempunyai Season Pass. Anda boleh merujuk gambar dibawah untuk pelan tempat duduk Stadium Sultan Ibrahim (diambil dari laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers) :

Stadium Sultan Ibrahim Seating Plan

JDT vs Borussia Dortmund
Stadium Sultan Ibrahim JDT
Stadium Sultan Ibrahim JDT
Stadium Sultan Ibrahim JDT

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Bagaimana Cara Ke Stadium Sultan Ibrahim JDT

Sekiranya anda dari Gelang Patah, anda perlu ke Jalan Nusa Perintis dan pastikan Pusat Komersial 68 Avenue berada di sebelah kanan anda. Di simpang empat 68 Avenue, ambil simpang ke kiri. Terus sehingga anda menjumpia Stadium Sultan Ibrahim di sebelah kanan anda.