@icecoustica Walking from KLCC to Pintasan Saloma KL #pintasansaloma #salomabridge #kampungbarukl #kualalumpur #salomabridgemalaysia ♬ Malam Ku Bermimpi – Tan Sri P. Ramlee
Pintasan Saloma KL / Jambatan Saloma Kuala Lumpur
Salam dan selamat datang ke gojira.my. Pada blog kali ini, kita akan cover ke salah satu daya tarikan pelancong baru yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Pintasan Saloma KL atau juga disebut Jambatan Saloma Kuala Lumpur. Pintasan Saloma ini menghubungkan antara Kampung Baru dan juga Kuala Lumpur City Center KLCC.
Pintasan Saloma ini telah dibuka dan dirasmikan pada 5 Februari 2020 dan telah menjadi bualan orang ramai terutamanya di kalangan Influencer dan pelancong. Nama ‘Saloma’ itu sendiri diambil dari lagenda atau penyanyi tanah air yang sangat terkenal pada tahun 1950an hingga 1960an.
Saloma merupakan isteri kepada salah seorang lagi lagenda tanah air ketika itu, seorang penyanyi, pelakon dan direktor, iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Dimanakah letaknya Pintasan Saloma Ini?
Pintasan Saloma ini telah menghubungkan Kampung Baru dan Kuala Lumpur City Center (KLCC) dimana ianya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk ke dua-dua arah. Jambatan Saloma ini terletak betul-betul dalam linkungan 100 meter – 200 meter dari Stesen LRT Kampung Baru (Lorong Raja Muda Musa 3) dan berakhir berdekatan Menara Public Bank (berdekatan KLCC).
Maklumat Lanjut Mengenai Pintasan Saloma KL
Sekiranya anda datang dari arah KLCC atau Menara Public Bank, anda akan dapati dimana Pintasan Saloma ini terletak betul-betul bersebelahan tanah perkuburan orang Islam. Di tanah perkuburan inilah kedua-dua lagenda tanah air kita, Tan Sri P. Ramlee dan Saloma dikebumikan.
Panjang keseluruhan Jambatan Saloma ini adalah kira-kira 370 meter dan jambatan ini dibuka 24 jam dimana lampu-lampu cantik ini hanya dibuka sekitar 7malam hingga 11malam sahaja. Maka, untuk mendapatkan view yang cantik, anda dinasihatkan untuk datang pada waktu malam.
Reka bentu Pintasan Saloma ini diinspirasikan daripada sejarah kebudayaan Melayu. Reka bentuk keseluruhan jambatan ini diambil dari susunan Sirih Junjung atau daun Betelnut. Sirih Junjung merupakan tradisi orang Melayu dulu-dulu yang banyak digunakan pada majlis perkahwinan sebagai simbol persaudaraan dalam kebudayaan Melayu.
Book your vacation ticket, interesting places & hotel around KUALA LUMPUR & SELANGOR, MALAYSIA
accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!
Cara Ke Pintasan Saloma Kuala Lumpur (Saloma Bridge)
Dari Kampung Baru, Kuala Lumpur
Jika anda dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, anda boleh mencari Stesen LRT Kampung Baru. Pintasan Saloma hanya berada dalam lingkungan 100 meter sahaja dari stesen LRT tersebut (Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, Kuala Lumpur).
Dari Kuala Lumpur City Center (KLCC)
Sekiranya anda dari arah KLCC, anda perlu cross jalan besar di ahadapan KCC menuju ke Menara Public Bank Kuala Lumpur. Kemudian, cari NZ Curryhouse KLCC (restoran mamak). Masuk jalan yang berada di antara NZ Curryhouse dan Menara public bank. Anda akan menjumpai main entrance Pintasan Saloma di hujung jalan.