@ryuj1n95 bagi 10 ⭐️!!! tempat yang penuh dengan ilmu 😍 share, like & comment kita kasi #fyp #capcut #islamicartmuseum ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Tempat Manarik di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur

Salam guys! Pada blog kali ini, kami ingin berkongsi pengalaman menarik mengenai Muzium Kesenian Islam Malaysia (Tiktok video daripada team gojira.my). Muzium Kesenian Islam Malaysia ini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini penuh dengan sejarah dan warisan budaya yang memberikan pengunjung gambaran mengenai dunia Islam melalui koleksi yang hebat dan menawan.

Muzium ini menempatkaan lebih 7,000 artifak Islam serta objek berharga dari sejarah berabad lamanya. Muzium ini mempamerkan ketukangan seni tamadun Islam di seluruh dunia, merangkumi seni dari China, Maghribi, Turki hingga ke Asia Tengah. Muzium Kesenian Islam Malaysia ini terletak di dalam bangunan berbentuk kaca dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam.

Pemandangan yang indah dan warna cerah seni yang dihidupkan, memberikan pengalaman interaktif dan menarik. Pameran muzium ini direka bentuk menggunakan elemen atau naratif penceritaan yang menonjolkan kreativiti dan kepelbagaian budaya Islam yang luas.

Seperti contoh, Galeri Mughal menampilkan koleksi manuskrip al-Quran, aritifak empayar dan potret hebat bercahaya daripada koleksi empayar dan peibadi. Galeri Seni Bina pula mempamerkan karya dengan cara unik, membawa pengunjung mendalami perjalanan yang menunjukkan keaslian dan kepelbagaian ekspresi seni bina semasa Zaman Keemasan Islam suatu ketika dahulu.

Muzium ini juga memberi tumpuan kepada seni persembahan, termasuklah Galeri Teater yang menonjolkan pelbagai bentuk seni seperti kaligrafi, muzik dan tarian. Di sini, pengunjung boleh menyaksikan evolusi seni persembahan Islam bermula daripada tradisional kepada zaman moden.

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Tanjung Piai Johor National Park
Tanjung Piai Johor National Park Wooden Boardwalks
Tanjung Piai Johor National Park
The Southernmost Tip of Mainland Asia
Tanjung Piai Johor National Park Wooden Boardwalks

Secara keseluruhannya, Muzium Kesenian Islam Malaysia ini adalah satu detinasi yang wajib dikunjungi bagi pencinta keindahan, sejarah, seni dan budaya. Ia dapat memberikan gambaran mendalam tentang tamadun Islam dan menjemput pengunjung untuk mendalami benua Asia secara tidak langsung. Daripada tembikar Islam purba hingga pakaian Islam, muzium ini menjadi syurga bagi mereka yang ingin tahu, mendalami dan meluaskan pandangan terhadap kesenian Islam.

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Cara Ke Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur