“The world is for us to explore“
Salam dan selamat datang dari tim gojira.my. gojira.my adalah platform yang dibuat khas untuk mempromosikan pelancongan setempat (local tourism) dan dalam masa membantu mereka dalam memasarkan produk pelancongan mereka. Idea ini muncul setelah melihat kesukaran mereka ketika wabak covid-19 melanda dunia dan menjejaskan ekonomi mereka apda sekitar 2020 – 2022. Portal ini telah diwjudkan pada Disember 2022.
Misi kami jelas, dimana kami ingin menaikkan brand gojira.my ini sehinggalah berjaya menjadi travel apps yang menarik satu hari nanti. Anda juga boleh melawati blog kami untuk melihat secara jelas fasa terkini web apps gojira.my ini nanti.
Kami terdiri dari kumpulan web designer, web developer (dari iceink.com.my) & online marketing experts (dari penandpaper.com.my) , yang mana berkemahiran dalam bidang IT dan online marketing. Tim kami juga menghasilkan content bagi gojira.my pada hujung minggu. Kami bertapak di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Malaysia.
Pada waktu ini, kami bolehlah menganggap platform ini sebagai ‘part-time’ kami sahaja. Namun, untuk masa hadapan, kami menyimpan harapan untuk menghasilkan aplikasi yang memberi manfaat kepada semua orang, untuk mendapatkan info-info menarik di tempat-tempat sekitar dan menjadi medium untuk memasarkan produk pelancongan setempat.
Mohd Faisal Salleh (dikenali sebagai icecoustica)
web artisan @ gojira.my