Pemandangan Menarik di Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor

Hello!Pada blog kali ini, saya ingin berkongsi mengenai Tasik Biru Kangkar Pulai yang terletak di negeri Johor. Terletak di selatan negeri Johor iaitu di kawasan Kangkar Pulai (Johor Bahru), terletaknya sebuah tasik biru yang dilitupi hutan tebal yang sangat cantik. Kawasan tasik biru ini menjadi menjadi tumpuan desitinasi popular pelancong untuk mengambil gambar dan menjadi tumpuan orang yang gemarkan aktiviti hiking.

Nama Tasik Biru Kangkar Pulai ini diambil kerana kewujudan airnya yang sangat biru seolah-olah warna water color. Asalnya, kawasan ini adalah kawasan lombong yang telah ditinggalkan. Airnya menjadi sangat biru kerana wujudnya bahan mineral utama seperti kuprum yang menyebabkan airnya menjadi sangat biru. Kawasan ini juga dikelilingi batu yang sangat besar dan hutannya dikelilingi juga dengan pokok kelapa sawit.

Berdekatan tasik biru ini juga terletaknya satu tasik besar yang menjadi takungan air Singapura, dimana ianya dikawal oleh sekumpulan askar disini. Oleh itu, jangan tersesat atau anda akan diarahkan untuk turun serta merta!

Untuk ke Tasik Biru Kangkar Pulai ini, anda dikehendaki untuk mendaki bukit. Untuk ke tasik biru ini, anda bolehlah parking kereta atau motor anda di Taman Awam BBKP Kangkar Pulai. Dari sini, anda perlu mendaki bukit kira-kira 30 minit – 45 minit untuk sampai ke port untuk mengambil gambar tasik biru ini. Di Taman Awam BBKP ini ada singboard ke Tasik Biru.

Nota : Kawasan ini pernah ditutup beberapa kali kerana ada kes kematian. Maka anda hendaklah sangat berhati-hati ketika mendaki nanti untuk megelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

blue lake kangkar pulai | tasik biru kangkar pulai

Anda boleh parking kenderaan anda di Taman Awam BBKP Kangkar Pulai, Johor

blue lake kangkar pulai | tasik biru kangkar pulai

Sekitar Taman Awam BBKP Kangkar Pulai, Johor

blue lake kangkar pulai | tasik biru kangkar pulai

Anda perlu mendaki bukit selama 30 minit – 45 minit untuk sampai ke kawasan mengambil gambar Tasik Biru Kangkar Pulai

blue lake kangkar pulai | tasik biru kangkar pulai

Teruskan pendakian sehingga anda menjumpai Tasik Biru Kangkar Pulai!

Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor : Sebuah Permata Semulajadi!

Blue Lake Kangkar Pulai | Tasik Biru Kangkar Pulai

Satu-satunya tarikan semula jadi di sini adalah kerana keadaan airnya yang sangat biru selain dikelilingi alam flora dan fauna semulajadi. Meskipun anda tidak boleh turun ke kolam ini dan mandi di sini, pemandangan yang sangat cantik di sini menyebabkan ianya kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara!

Book your vacation ticket, interesting places & hotel around KUALA LUMPUR & SELANGOR, MALAYSIA

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Bagaimana Ke Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor

Jika anda dari arah Pontian (melalui jalan Skudai – Pontian highway), anda perlu exit sebelum SJK (Tamil) Kangkar Pulai, Johor.

Sekiranya anda dari arah Johor Bahru atau Iskandar Puteri,  anda perlu exit di junction Bandar Baru Kangkar Pulai. Jalan terus sehingga anda menjumpai bulatan (roundabout). Di bulatan tersebut, exit ke kiri ke Jalan Pulai Ria. Teruskan sehingga anda menjumpai Taman Awam BBKP.