Pengalaman Bermain Go-Kart di The RUD Karting Medini Iskandar, JB

Salam guys! Dalam blog kali ini, saya nak share dengan anda mengenai pengalaman saya bermain Go-Kart di The RUD Karting Medini Iskandar, Johor Bahru. Trek go-kart ini terletak berdekatan Extreme Park Medini Iskandar, Johor (atau dikenali sebagai X-Park Sunway Iskandar, Johor) dan juga berdekatan dengan Puteri Harbour Johor.

Harga bagi sekali sesi bermain (selama 10 minit) adalah RM55 untuk basic kart. Anda boleh melihat keseluruhan harga di laman web rasmi mereka di https://racingunderdog.com/ . Sebelum pergi kesini, anda dinasihatkan untuk membawa stokin anda kerana ianya adalah requirement mereka semasa di dalam trek. Ataupun, anda boleh membeli stokin baru di kaunter mereka pada harga RM15.

Harga Go-Kart adalah berbeza mengikut jenis go-kart yang anda pilih. Mereka ada pilihan dari basic kart, B Stage Kart, B Super Stage Kart dan Twins Kart. Anda tidak perlu mempamerkan lesen memnadu anda, kecuali uuttuk jenis B Super Stage Kart dimana anda perlu menunjukkan lesen B Super Stage anda.

Sebelum memasuki trek, anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai apa yang anda boleh buat dan apa yang anda tidak boleh buat ketika anda sedang memnadi di dalam trek. Dalam trek, ada marshal yang akan menjaga anda. Anda juga boleh menyewa locker yang mereka sediakan untuk simpan barang-barang anda ketika anda sedang berada di dalam trek.

Terdapat juga kafe (The RUD Cafe) yang menyediakan makanan dan minuman di luar trek untuk anda berehat. Masa oeprasi perniagaan mereka adalah dari  11am ke 2am dibuka dari Isnin sampai Ahad.

Trek Go-Kart di The RUD Karting Medini Iskandar

The RUD Karting Go-Kart Track

Ini adalah Trek Go-Kart bertaraf profesional yang mempunyai panjang 840meter track layout dan mempunyai 16 turns/selekoh.

RUD Karting Medini Iskandar

Mengenai RUD Karting Medini Iskandar Johor

Bermain go-kart di the RUD Karting Medini Iskandar adalah satu pengalaman menarik bagi sesiapa yang mencari aktiviti mencabar di Johor. Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia, ianya boleh dikatakan antara trek go-kart terbaik di Malaysia. Selain mempunyai trek, terdapat juga ruang untuk aktiviti lepak dan santai disamping juga mempunyaikedai yang menjual peralatan racing di sana.

RUD Karting Medini Iskandar mempunyai trek go-kart  yang mempunyai selekoh-selekoh yang tajam dan jalan lurus yang panjang di sepanjang trek. Design trek yang mempunyai 16 selekoh ini dapat memberikan pengalaman terbaik bagi setiap pemain-pemain go-kart disini. Terdapat juga skrin yang memaparkan leaderboard di luar trek untuk anda check ranking anda selepas selesai racing.

Tambahan pula, RUD Karting Medini Iskandar juga menyediakan ruang lepak dan santai untuk anda di luar trek. Antara yang tersedia untuk anda adalah seperti pool table dan foosball table. Retail store mereka juga ada menjual barangan berkaitan go-kart seperti baju, aksesori dan lain-lain lagi.

The RUD Karting Medini Iskandar

RUD Karting Medini Iskandar main entrance

The RUD Karting Medini Cafe

The RUD Karting Medini Cafe (di luar trek)

The RUD Karting Medini Iskandar

Sesi briefing sebelum dibenarkan masuk ke dalam trek go-kart

The RUD Karting Medini Cafe

The RUD Karting Medini Cafe (di luar trek)

The RUD Karting Medini Iskandar

sebelum memasuki trek

The RUD Karting Medini Iskandar

Leaderboard screen (di luar trek go-kart)

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

Cara ke The RUD Karting Medini Iskandar

Sekiranya anda ingin mencari aktiviti lasak dan mencabar terutamanya di hujung minggu, jom ke the RUD Karting Medini Iskandar. Di sini anda boleh menguji cara anda memandu disamping berlumba kereta go-kart dengan kawan-kawan anda. Anda pasti seronok bermain di RUD Karting Medini Iskndar.