Jom Ride Di Skyline Luge Kuala Lumpur
Mencari aktiviti menarik di Kuala Lumpur? Jom cuba Skyline Luge Kuala Lumpur! Skyline Luge Kuala Lumpur, yang terletak di Gamuda Gardens, menawarkan pengalaman unik yang sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua dan muda.
Skyline Luge ialah permainan berasaskan graviti yang membolehkan anda mengawal kelajuan semasa meluncur di trek berliku. Dengan menggunakan kereta luge khas, anda boleh mengemudi laluan yang penuh dengan selekoh tajam, terowong, dan cerun menurun. Yang lebih best, anda boleh meluncur sepantas atau perlahan mengikut keselesaan!
Kenapa Anda Perlu Mencubanya?
- Trek yang Mendebarkan – Pilih antara pelbagai laluan dengan selekoh dan cabaran yang menarik.
- Mesra Keluarga – Sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa.
- Pemandangan Indah – Nikmati keindahan alam sekitar Gamuda Gardens semasa menuruni trek.
- Mudah Dipelajari – Tak perlu pengalaman! Tarik pemegang ke belakang untuk berhenti dan tolak ke hadapan untuk bergerak.
Harga Tiket Skyline Luge KL
- 2x Luge + Skyrides : RM50 seorang
- 3x Luge + Skyrides : RM60 seorang
- 4x Luge + Skyrides : RM70 seorang
- 5x Luge + Skyrides : RM80 seorang
- Kanak-kanak (85cm – 110cm) : RM25
Pemandangan Menarik di Skyline Luge Kuala Lumpur, Malaysia

Tips untuk bermain di Luge KL
- Pakai pakaian dan kasut yang selesa (elakkan selipar).
- Cuba pakej pelbagai perjalanan untuk pengalaman terbaik.
- Lawat semasa waktu luar puncak untuk mengelakkan barisan panjang.
- Jangan lupa abadikan pengalaman anda dengan perkhidmatan fotografi di lokasi!
Bagaimana Cara ke Skyline Luge Kuala Lumpur
Skyline Luge Kuala Lumpur terletak di antara Rawang, Puncak Alam, dan Sg. Buloh, Selangor. Ia berada di Gamuda Gardens, Rawang, kira-kira 30-40 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Anda boleh memandu ke sana atau menaiki Grab untuk kemudahan.
Semak Google Maps di bawah untuk maklumat lanjut.