Cara Pergi Ke Pulau Ketam, Port Klang, Selangor

Salam guys. Pada blog kali ini, kita akan berkongsi pengalaman dengan anda tentang trip kami ke Pulau Ketam, Port Klang. Pulau Ketam ni adalah satu pulau kecil yang terletak tidak jauh dari Port Klang, Selangor, Malaysia. Kami berpeluang untuk ke Pulau Ketam ni pada 21 Oktober 2021. Pada waktu tu, semua orang masih struggle dengan Covid-19, sebab tu dalam video kami orang masih lagi memakai mask. Untuk ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri atau bot dari South Port Passenger Terminal (Port Klang).

Tiket feri pergi balik (return) ke Pulau Ketam adalah lebih kurang RM20 seorang. Perjalanan feri dari South Port Passenger Terminal (Port Klang) ke Pulau Ketam mengambil masa dalam 30 ke 45 minit. Sekiranya anda tidak tahan dengan cuaca panas, anda juga boleh booking feri yang dilengkapi aircond (namun kami tidak pasti berapa harganya).

Pulau Ketam ini sebenarnya merupakan satu perkampungan nelayan dan tidak mempunyai pantai. Mengikut kata orang ramai, dahulunya pulau ini memang didatangi oleh para nelayan dan pemancing dan kadang-kala bermalam terus disana dan lama kelamaan, menghuni dan menjadi penduduk tetap di Pulau Ketam. Rata-rata penghuni di Pulau Ketam ini adalah berkuturunan Cina.

Sekiranya anda ingin merasai Fresh Seafood, anda bolehlah berkunjung ke sini kerana terdapat banyak restoran seafood disini. Harganya juga berpatutan dan sedap. Tidak seperti kebanyakan pulau di Malaysia, Pulau Ketam ini lebih menjadi tumpuan kepada para pemancing yang datang ke sini. Ianya dipanggil Pulau Ketam kerana terdapat banyak ketam-ketam kecil di kawasan lumpur di sekeliling pulau ini.

trip to pulau ketam
crab island
trip to pulau ketam
trip to pulau ketam
crab island
trip to pulau ketam

Aktiviti Menarik Pulau Ketam : Bermain Basikal Elektrik!

Perkara pertama yang kami buat ketika sampai di Pulau Ketam adalah bermain dengan basikal elektrik. Kita boleh menjelajah ke seluruh Pulau Ketam hanya dengan menggunakan basikal elektrik. Kmai tiba di Pulau Ketam pada pukul 12PM. Maka, sebelum pergi makan tengah hari, kami menghabiskan masa selama 2 jam dengan meronda ke seluruh Pulau Ketam. Jika tidak silap, kita boleh book basikal elektrik ni pada harga RM20-RM30 untuk 2jam. Anda juga tidak perlu book awal kerana terdapat banyak pilihan basikal elektrik disediakan.

Selepas hampir 2 jam kami meronda Pulau Ketam, tibalah masa untuk kami makan tengah hari. Kebanyakan restoran di sini adalah Chinese restaurant. Bagi kami, harganya adalah berpatutan. Untuk makan seafood 3 orang, kami hanya membayar dalam RM100 – RM150 sahaja. Cuma, ada satu penambahbaikan yang harus dibuat di sekitar Pulau Ketam adalah dari segi tandas awam mereka. Ini kerana, dengan jumlah pelawat yang datang, ada baiknya fasiliti ini ditambah baik sedikit.

Bagi sesiapa yang tidak membawa cukup wang, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat Maybank di Pulau Ketam ini. Ini merupakan satu-satunya bank yang terdapat disini (ada ATM machine).

Sekitar 5PM, kami berjalan semula ke jeti untuk menaiki bot/feri semula ke Port Klang. Bot atau Feri terakhir dari Pulau Ketam ke Port Klang adalah sekitar 5PM – 6PM. Sekiranya terlepas, anda perlulah bermalam di Pulau Ketam ini dan pulang keesokan harinya. 

Bagaimana Hendak ke Pulau Ketam, Port Klang

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh mencari South Port Passenger Terminal, Port Klang di Waze App. Sesampainya anda disana, anda boleh terus membeli tiket feri ke Pulau Ketam. Perjalanan feri/bot dari Port Klang ke Pulau Ketam mengambil masa 30-45 minit.

Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan, anda boleh menggunakan keretapi KTM dari KL Sentral (Kuala Lumpur) untuk ke stesen KTM Port Klang. Dari sana, anda hanya perlu berjalan lebih kurang 5-10 minit untuk sampai ke South Port Passenger Terminal.

@icecoustica Trip to pulau ketam part 2. Sorry kene upload balik. Video sebelum ni kene removed 😅 #pulauketam #crabisland ♬ Island In The Sun – Weezer

Tempah tiket percutian, tempat menarik, hotel dan pengangkutan di seluruh dunia di KLOOK.COM

accept more than 40 currencies around the world including MYR, SGD, USD, EUR, IDR and many more. Book now!

Klook.com

South Port Passenger Terminal (Port Klang)

Pulau Ketam, Selangor, Malaysia